SELAMAT DATANG KE BLOG ''AKUPUTERAITU''

Saturday 24 November 2012

KELEBIHAN BULAN MUHARRAM

assalamualaikum...

hari ini hari sabtu 24 november 2012 bersamaan 10 muharram iaitu hari asyura dimana perkara sunat yang harus di lakukan pada hari tersebut ialah...

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

(10 Muharram, bersamaan Sabtu, 24 Nov 2012) 


1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari
kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


semoga dapat di panjangkan dan selamat beramal...

Tuesday 10 January 2012

new item 2012

salam..hari ni mirul nk gtaw you all neh..sal mirul bru jer bli sebuah ,sebiji dan sebutir (loghat kelantan dan terengganu) helmet ARAI RAM III warna grey.. 2nd saiz S harganya rm 1600..wahh!!..ekekek..helmet ni kalau di sekitar pantai timur memang popular digayakan oleh mat motor (rempit)..ish!!jangan fikir negatif k..mirull bukan kaki rempit aw...hheee...tujuan bli helmet ni adalah untuk keselamatan jer...tp ajal maut allah s.w.t yang menentukan....kepada sapa2 berminat mirul nak jual harga murah2 jer..RM 1500 sudalah..tidak termasuk postage...helmet ini sesuai digayakan dengan motor 125zr dan RXZ..baru lar nampak perrhh!!!cikaro  rempit kat luar mesti tak bkelip la tgok..heheheh...tu jer nak kongsi...chaw...!!

sebarang pertanyaan silalah ker amirzuber90@gmail.com


NEW 125ZR july 2011 with new shoei j-force 2 grey (kwn pnyer helmet)

 my new item arai helmet ram 3 grey
lelong2......

Sunday 25 December 2011

BERBAKTI KEPADA ORANG TUA

Imam Bukhari dan Muslim mengeluarkan dari Ibnu mas'ud r.a,dia berkata, ''kutanya rasulullah s.a.w, ''apakah amal yang paling di sukai ALLAH?? ''Baginda menjawab.''SOLAT TEPAT PADA WAKTUNYA''.Kutanya lagi,''lalu apa??'' Baginda menjawab,''BERBAKTI KEPADA KEDUA ORANG TUA''.ak tanya lagi,''lalu apa lagi??''Baginda menjawab ''JIHAD''..Tiada sorang pun anak dapat membalas jasa orang tuanya,melaikan ia membeli seorang hamba dan memerdekakanya.
    Imam muslim merawikan,''seorang lelaki manghadap rasulullah s.a.w sambil berkata,''AKU BERJANJI PADA ENGKAU UNTUK BERHIJRAH DAN BERJIHAD SEMATA MENGARAPKAN PAHALA.'' Rasulullah s.a.w bertanya,''APAKAH SALAH SATU ORANG TUAMU MASIH HIDUP'',APAKAH KAMU MAHU PAHALA DARI ALLAH''?lalu orang itu manjawab ''YA''..Lalu baginda bersabda.''PULANGLAH KEPADA ORANG TUAMU DAN BERBUAT BAIKLAH KEPADA MEREKA''.
   Abu ya'la dan thabrani merawikan dengan sanadnya:''datang seorang lelaki kepada rasulullah s.a.w dan bertanya''AKU INGIN BERJIHAD TAPI AKU TIDAK MAMPU''.Lalu rasulullah s.a.w bertanya,''APAKAH SALAH SEORANG ORANG TUAMU MASIH HIDUP''?Dia menjawab ''YA IBUKU MASIH HIDUP".lalau rasulullah s.a.w bersabda:
             ''Mohonlah kepada Allah untuk berbakti kepadanya.Jika engkau berbuat demikian,maka sama     dengan engkau berhaji,berumrah dan berjihad''
Menurut Ibnu Majah.''YA RASULULLAH APAKAH HAK KEDUA IBUBAPA KEPADA ANAKNYA''??Rasulullah menjawab ''MEREKA ADALAH SYURGA DAN NERAKAMU"

BERBUAT BAIKLAH KEPADA IBUBAPA KITA SELAGI MASIH HIDUP DAN BESERTA DOA SEMASA DIA MASIH HIDUP DAN SEMASA DIA SUDAH TIADA KELAK..
sebenarya panjang lagi ni cerita ni..tp mirull xdapt truskan sbb time tlis mirull sebak ble tringtkan kisah mirul nan ibubapa mirul n kisah yg ad kt paper sal org zaman skrang da lupa ibubapa..tinggal situ,tinggal sini,ad yg nk bunuh ibubapa pun ada..dasyat..!!mintak2 di jauhkan tak buat benda bodoh camtu..huhuhu..
*terjemahan kitab MUKASHAFAH AL QULUB''PENENANG JIWA"
penulis IMAM AL GHAZALI
penterjemah MUHAMMAD QADIRUN NUR

Wednesday 14 December 2011


2.15am......14/12/2011......wednesday......

zZzZzZzZzZ.....jiwa kosong...bye..tdo2...gdnitez evrybody!
luv u...mmmuuaaccchhxxxx!!...hee...asslamualaikum...

                                                          olololo..cweettnyee..

lawak kot..!!

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat .


Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong


berwarna merah.


“Atok buat apa tu?”.


“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.


Cucunya bertanya lagi, “Apa ******* sangat kawan atok


duduk dalam tong merah tu?”




.........................................................................................





Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.

Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.

Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.

" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis kepada wanita itu.

"Sungguh kelakar," jawab wanita itu singkat.

"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu lagi.

"Tidak..", jawab wanita itu.

"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu masih tak berpuashati

"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? "



Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kemaafan mungkin amat berat jika kita berikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita dapat mengubah hati kita yang terluka.
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.
Cinta yang sebenarnya adalah ketika kamu menitikan air mata dan masih peduli terhadapnya, dan ketika dia tidak memperdulikanmu dan kamu masih menunggunya dengan setia.
Jangan kau kira cinta datang dari keakraban yang lama dan pendekatan yang tekun. Cinta adalah kesesuaian jiwa dan jika itu tak pernah ada, cinta tak akan pernah tercipta dalam hitungan tahun bahkan abad.
Cinta sejati takkan pernah meminta apapun, ia hanya tahu arti memberi dengan ketulusannya. Ia takkan pernah minta dirangkul karena cintanya akan selalu merangkul jiwanya.
Cinta tak memberikan apa-apa kecuali dirinya sendiri dan tiada mengambil apa-apa kecuali dari dirinya sendiri. Cinta tiada memiliki dan tiada ingin dimiliki karena cinta telah cukup bagi cinta.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.